Rekod hujan terlebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’, 25 maut di China - Utusan Malaysia

Rekod hujan terlebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’, 25 maut di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 25 maut dalam bencana banjir yang melanda wilayah Henan selepas hujan paling lebat dalam tempoh ‘1,000 tahun’ direkodkan di negara ini.

Kira-kira 100,000 penduduk dipindahkan di Zhengzhou apabila banjir semakin buruk, menyaksikan kebanyakan jalan utama dinaiki air, menjejaskan sistem pengangkutan.

Selain itu, beberapa empangan dan kawasan tadahan air dilaporkan ‘menunggu masa untuk pecah pada bila-bila masa’ ketika paras air terus meningkat mendadak.

Pasukan tentera juga dikerah ke lokasi terjejas bagi membantu penduduk terlibat.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, lebih 500 orang dibawa keluar dari stesen tren bawah tanah yang dinaiki air sehingga paras dada.

Disebabkan hujan lebat itu, sistem pengangkutan bas awam terpaksa dihentikan buat sementara waktu, menyebabkan ramai penduduk terkandas, malah ada yang perlu bermalam di pejabat

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Guo berkata, sistem bas awam yang tergendala menyebabkan ramai menaiki tren bawah tanah, namun banjir memburukkan keadaan.

Sekurang-kurangnya 25 maut sejak hujan lebat melanda pada minggu lalu dan tujuh lagi hilang.

Media tempatan melaporkan, antara yang maut termasuk empat penduduk di bandar Gongyi yang terletak berhampiran Sungai Kuning. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN