Rani si lembu kerdil di Bangladesh - Utusan Malaysia

Rani si lembu kerdil di Bangladesh

RANI kini menjadi ‘bintang’ di Bangladesh apabila menjadi tumpuan pelbagai pihak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHARIGRAM: Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi sebuah ladang di sini bagi melihat seekor lembu kerdil yang diberi nama Rani.

Lembu kerdil berusia 23 bulan itu mempunyai ketinggian 51 sentimeter dan seberat 28 kilogram.

Biarpun Bangladesh ketika ini melaksanakan perintah berkurung susulan Covid-19, itu tidak menghalang orang ramai datang ke ladang tersebut untuk melihat keistimewaan Rani.

Pemilik ladang, Hasan Howladar berkata, pihaknya sudah membuat permohonan kepada Rekod Dunia Guinness untuk mengiktiraf Rani sebagai lembu terkecil di dunia.

Hasan memberitahu, dia membeli Rani pada tahun lalu di sebuah ladang di daerah Naogaon di utara negara ini.

Rekod lembu terkecil di dunia ketika ini masih menjadi milik seekor lembu yang diberi nama Manikyam di India dengan ketinggian 61.1 sentimeter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN