Rakyat Australia anjur demonstrasi, bantah sekatan pergerakan - Utusan Malaysia

Rakyat Australia anjur demonstrasi, bantah sekatan pergerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Penduduk Australia menganjurkan demonstrasi bagi membantah kawalan pergerakan yang diperketatkan bagi membendung peningkatan kes Covid-19.

Lapor BBC, ribuan peserta berhimpun di Sydney dengan protes turut merebak ke Melbourne dan Brisbane dengan jumlah lebih kecil.

Orang ramai melaungkan ‘kebebasan’ semasa berhimpun di tengah Sydney.

Segelintir yang lain memegang sepanduk ‘Buka pelitup muka anda, tinggikan suara’ dan ‘bangkit Australia’.

Peserta protes turut menghalang jalan dan berhimpun diluar dewan Sydney.

Pihak polis memaklumkan setakat ini seramai 57 peserta ditangkap.

Kerajaan Australia terpaksa melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan di seluruh negara akibat lonjakan kes jangkitan baharu.

Kemunculan varian Delta yang lebih mudah berjangkit memberi cabaran kepada negara itu melaksanakan semula strategi penutupan sempadan, program kuarantin dan sekatan pergerakan bagi membantu penurunan kes.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN