Puluhan pelajar Palestin ditahan tentera Israel - Utusan Malaysia

Puluhan pelajar Palestin ditahan tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel memaklumkan pihaknya menangkap seramai 20 hingga 30 pelajar Palestin di Tebing Barat atas dakwaan kononnya terlibat dalam ‘operasi keganasan’ kumpulan pejuang Hamas.

Sumber rakyat Palestin memberitahu AFP berpuluh-puluh pelajar dari Universiti Berzeit ditahan semasa dalam perjalanan pulang dengan bas dari kampung Turmus Ayya.

Awal bulan ini, tentera Israel merobohkan rumah keluarga seorang rakyat Palestin yang menunggu perbicaraan atas pertuduhan menembak seorang pelajar Yahudi di Tebing Barat, awal tahun ini.

Tentera Israel dalam kenyataan mendakwa kononnya sebilangan pelajar yang ditangkap terlibat secara langsung dalam kegiatan keganasan termasuk pengiriman wang, hasutan dan penganjuran kegiatan Hamas di Judea dan Samaria.

Kenyataan rasmi hari ini mengumumkan penangkapan ‘puluhan operasi pengganas’ milik ‘sel pelajar’ di Universiti Birzeit ditahan dalam operasi bersama melibatkan tentera, polis dan agensi keselamatan domestik Shin Bet.

Jurucakap tentera memberitahu AFP mengenai jumlah yang ditahan dan Shin Bet mengambil alih siasatan.

Sementara itu, Universiti Birzeit dalam kenyataan menyuarakan kerisauan terhadap nasib pelajarnya dan mengutuk sekeras-kerasnya penangkapan itu sebagai pelanggaran terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa yang menjamin hak pelajar untuk bergerak.

“Pihak universiti meminta masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan menjamin pembebasan mereka,” kata universiti itu.

Sumber rakyat Palestin memberitahu sebilangan pelajar dijangka dibebaskan tidak lama lagi dan segelintir yang lain akan ditahan lebih lama. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN