Protes antikerajaan Cuba: Puluhan individu ditahan - Utusan Malaysia

Protes antikerajaan Cuba: Puluhan individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Puluhan orang ditahan di Cuba selepas ribuan penduduk menyertai tunjuk perasaan anti-kerajaan yang terbesar diadakan di Havana dan beberapa bandar lain.

Lapor BBC, sumber media dan pembangkang mengesahkan perkara tersebut.

Agensi berita Reuters melaporkan, penunjuk perasaan tersebut ditahan oleh pasukan keselamatan yang dibantu oleh anggota polis berpakaian preman.

Beberapa gambar yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan pasukan keselamatan sedang menahan, memukul dan menyembur lada ke arah penunjuk perasaan.

Terdapat juga laporan internet terputus di seluruh pulau tersebut.

Seorang jurugambar dari agensi berita AP dilaporkan mengalami cedera ketika membuat liputan dalam protes tersebut.

Tunjuk perasaan yang jarang berlaku di Cuba berikutan penduduk berasa tidak puas hati dengan krisis ekonomi, kekurangan bekalan makanan dan perubatan, kenaikan harga barangan dan cara pengurusan pandemik Covid-19 di negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya