PM Israel akur status quo Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

PM Israel akur status quo Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dilaporkan menarik balik kenyataannya selepas mendakwa orang Yahudi mempunyai hak `kebebasan beribadah’ di Al-Haram Al-Sharif, Baitulmuqaddis.

Al-Haram Al-Sharif atau Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Masjid Al-Aqsa yang dikendalikan oleh Jordan menerusi Jabatan Wakaf Islam, hanya membenarkan orang Yahudi mengunjunginya tetapi tidak boleh menunaikan ibadah.

Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa Bennett kini menerima status quo Masjid Al-Aqsa.

Ahad lalu, lebih 1,600 orang Yahudi berarak di pekarangan Masjid Al-Aqsa sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Palestin.

Polis Israel melepaskan gas pemedih mata dan menembak peluru getah terhadap penduduk Palestin bagi memberi laluan kepada orang Yahudi di kawasan tersebut.

Dibawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, orang Yahudi sering menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan polis dan mencetuskan pertembungan dengan penduduk Palestin.

Penganalisis politik, Osama Al-Sharif berkata, meskipun Bennett menarik balik kenyataannya buat masa ini, Israel masih akan terus mengabaikan perjanjian status quo tersebut.

Beliau yang merupakan kolumnis di Arab News juga berkata, Israel akan membenarkan orang Yahudi menyerbu tempat suci itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN