MELBOURNE: Negeri New South Wales terus merekodkan peningkatan kes Covid-19, malah menjadi jumlah jangkitan kedua tertinggi bagi tahun ini.
Sebanyak 141 kes baharu direkodkan, iaitu lebih rendah berbanding 163 kes yang dicatatkan semalam.
Peningkatan itu dijangka menyebabkan perintah berkurung di Sydney akan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.
Sydney turut merekodkan dua kematian akibat Covid-19, termasuk seorang wanita berusia 30-an.
Dalam pada itu, pihak berkuasa imuninasi Australia (ATAGI) mencadangkan supaya vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca diberikan kepada penduduk berusia bawah 60 tahun.
ATAGI sebelum ini menasihatkan kerajaan supaya tidak memberi vaksin tersebut kepada penduduk berusia bawah 60 tahun susulan kes darah beku.
Namun, cadangan itu diubah bagi mempercepatkan program vaksinasi di negara ini. – REUTERS










