Pengunjung antarabangsa lengkap vaksinasi boleh masuk Arab Saudi 1 Ogos - Utusan Malaysia

Pengunjung antarabangsa lengkap vaksinasi boleh masuk Arab Saudi 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pengunjung yang sudah menerima vaksinasi lengkap boleh memasuki Arab Saudi tanpa perlu menjalani kuarantin dengan menunjukkan bukti vaksinasi.

Kementerian Pelancongan Arab Saudi menyatakan, pengunjung dari pelbagai negara dibenarkan memasuki negara ini sekiranya mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan bermula 1 Ogos ini.

Lapor Arab News, kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu juga menyebut, kebenaran itu dibenarkan untuk pengunjung yang sudah menerima vaksinasi lengkap menggunakan vaksin keluaran Pfizer, AstraZeneca atau Moderna.

Selain itu, pengunjung juga perlu mendaftarkan data berkaitan dos vaksinasi mereka dalam portal elektronik dan perlu ditunjukkan untuk memasuki mana-mana premis awam.

“Kami mengalu-alukan kemasukan pelancong luar sekali lagi dan kami gembira untuk menyambut kedatangan mereka.

“Kementerian sentiasa bekerjasama dengan semua sektor bagi memastikan para pengunjung ke negara ini boleh menikmati percutian mereka,” kata Menteri Pelancongan, Ahmed al-Khatib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya