Pembayar cukai UK perlu tanggung kos Covid-19 selama 'berdekad' - Utusan Malaysia

Pembayar cukai UK perlu tanggung kos Covid-19 selama ‘berdekad’

PEMBAYAR cukai di United Kingdom (UK) berdepan dengan ‘krisis kewangan yang besar’ akibat pandemik Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Golongan pembayar cukai di United Kingdom (UK) akan menanggung kos perbelanjaan Covid-19 ‘selama beberapa dekad’.

Menerusi dua laporan baharu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan tindak balas kerajaan terhadap krisis yang berlaku secara tidak langsung mendedahkan pembayar cukai terhadap ‘risiko kewangan yang besar’.

Lapor BBC, ahli-ahli Parlimen Britain turut ‘menyerang kerajaan’ yang didakwa mengeluarkan belanja besar terhadap kit perlindungan Covid-19 yang tidak perlu digunakan.

Laporan PAC itu menyebut pembayar cukai akan berdepan dengan krisis kewangan yang signifikan selama beberapa dekad akan datang dengan perbelanjaan kerajaan menguruskan Covid-19 setakat Mei lalu sudah mencecah 372 bilion pound (RM2.1 trilion)

Jumlah hutang kerajaan UK ketika ini melebihi 2.2 trilion pound (RM12.8 trilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN