TOKYO: Usaha untuk menemukan lebih ramai mangsa terselamat dalam insiden tanah runtuh di bandar Atami, wilayah Shizuoka semakin tipis selepas tiga hari kejadian itu berlaku.
Setakat ini, sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam insiden tersebut.
Nasib 29 mangsa yang lain tidak diketahui selepas puluhan rumah musnah ditumbus tanah runtuh yangberlaku pada Sabtu lalu.
Jurucakap wilayah Shizuoka, Takamichi Sugiyama berkata, jumlah mangsa hilang kini seramai 29, iaitu meningkat dari 24 yang dilaporkan sebelum ini.
“Masa semakin suntuk dan usaha mencari serta menyelamatkan mangsa juga semakin sukar.
“Namun, kami tetap akan berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa,” katanya.
Sebanyak 1,000 anggota tentera dan pasukan keselamatan dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini. – AFP