Palestin kecam polis Israel serbu pekarangan Masjid Al-Asqa - Utusan Malaysia

Palestin kecam polis Israel serbu pekarangan Masjid Al-Asqa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Palestin mengecam tindakan pasukan keselamatan Israel yang menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Beberapa media tempatan melaporkan, polis Israel melepaskan gas pemedih mata dan menembak peluru getah terhadap penduduk Palestin di kawasan suci umat Islam itu.

Lapor Al Jazeera, menurut pegawai Palestin, pasukan keselamatan Israel mengusir penduduk Palestin bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi di kawasan tersebut.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) menerusi kenyataan memaklumkan Israel perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pertempuran yang semakin meningkat di pekarangan Masjid.

PA juga menyifatkan pencerobohan orang Yahudi itu sebagai provokatif dan ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan di kawasan itu.

Dilaporkan, lebih 500 orang Yahudi menyerbu masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika ketegangan semakin memuncak terhadap rancangan menceroboh secara besar-besaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN