WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern semalam mengumumkan beliau bersetuju dengan permohonan pihak berkuasa Turki untuk menerima kepulangan seorang rakyat negara ini dengan dua anaknya yang didakwa terlibat dengan kegiatan Daesh.
Wanita dengan dua anaknya itu ditahan di pusat tahanan Turki selepas mereka cuba memasuki negara itu menerusi Syria pada awal tahun ini.
Sehubungan itu, pihak berkuasa Turki meminta kerajaan New Zealand supaya menerima kepulangan mereka.
“New Zealand tidak memandang isu ini sebagai perkara remeh. Kami mengambil kira semua aspek termasuk dasar antarabangsa kerana golongan kanak-kanak turut terlibat,” jelas Ardern menerusi kenyataan.
Wanita tersebut memegang dua kerakyatan iaitu New Zealand dan Australia.
Keluarganya berpindah ke Australia ketika dua berusia enam tahun dan membesar di sana sebelum berlepas ke Syria pada 2014 menggunakan pasport Australia.
Namun, kerajaan Australia menggugurkan kerakyatannya. – REUTERS










