Najib bincang pembentukan kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Najib bincang pembentukan kerajaan baharu

NAJIB Mikati dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri baharu Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Najib Mikati yang sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Lubnan memulakan sesi rundingan dengan parti-parti politik utama negara bagi pembentukan kerajaan.

Ahli politik bilionair itu yang sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, dilantik kelmarin, beberapa hari selepas Saad Hariri meletak jawatan.

Kerajaan di bawah pentadbiran Hassan Diab sebelum ini juga mengundurkan diri berikutan letupan di pelabuhan dekat sini pada Ogos lalu.

Kekosongan institusi kerajaan mengekang rancangan menyelamatkan krisis kewangan yang dianggap terburuk oleh Bank Dunia.

Semalam, Najib bertemu dengan parti politik terkemuka termasuk gerakan Hezbollah dan Gerakan Patriotik Bebas (FPM) yang diasaskan Presiden Michel Aoun.

Susulan pertemuan itu, Ahli Parlimen Hezbollah, Mohammad Raad menyatakan kesediaan untuk bekerjasama secara serius.

“Apa yang diperlukan adalah pembentukan Kabinet dengan kadar segera dan kerjasama semua pihak untuk mencapai tujuan itu,” jelas Mohammad. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN