Misteri kubur tengah jalan di Turki - Utusan Malaysia

Misteri kubur tengah jalan di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sebuah bandar di Turki menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk pelancong apabila terdapat satu kubur terletak di tengah jalan.

Jalan yang dinamakan Yeni Mahalle Hamzaoğlu itu merupakan antara jalan utama di bandar Sivas di daerah Sarkisla di tengah Turki.

Namun, kubur individu yang tidak diketahui itu menjadikan jalan tersebut terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan luar negara.

Menurut penduduk tempatan, kubur itu sudah berada di tengah jalan tersebut sejak beberapa tahun lalu, namun mula menjadi perhatian pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.

Walaupun tertulis ‘Gariban Martyr Baba’ pada batu nisan kubur itu, tiada seorang pun mengetahui siapa pemilik sebenar kubur berkenaan.

Penduduk tempatan percaya, kubur misteri itu sebelum ini bertempat di sebuah laman rumah seseorang sebelum kediaman itu diruntuhkan untuk pembinaan jalan berkenaan.

Menurut seorang penduduk, Ahmet Hark, kubur itu ditemukan oleh buruh yang membina jalan dan mereka hanya membiarkannya tanpa mengalihkannya ke tempat lain.

Katanya, ‘si mati’ pernah muncul dalam mimpi beberapa pemilik rumah berkenaan yang ‘memberitahu mereka supaya jangan ganggu kuburnya’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya