Letupan besar gegar Dubai - Utusan Malaysia

Letupan besar gegar Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Satu letupan besar mengegarkan bandar raya ini semalam ketika sebuah kapal kontena terbakar di pelabuhan terbesar negara Asia Barat.

Lapor Metro, penduduk tempatan berkata, letupan dan gegaran itu juga menyebabkan kebanyakan cermin tingkap bangunan pecah selain kelihatan bola api di ruang udara di Pelabuhan Jebel Ali.

Beberapa kenderaan anggota kecemasan dilihat bergegas di jalan utama selatan Dubai menuju ke Abu Dhabi.

Kebakaran di pelabuhan itu berjaya dikawal dan setakat ini tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan.

Lapor Al Arabiya, kerajaan memaklumkan semua kru kapal kontena telah dipindahkan dengan selamat.

“Letupan itu merupakan kemalangan biasa bagi kapal kontena yang membawa bahan mudah terbakar,” kata Ketua Pengarah Pejabat Media Dubai (DMO), Mona Al Marri kepada stesen televisyen tersebut.

Polis Dubai percaya punca letupan itu mungkin disebabkan `geseran atau suhu yang tinggi’ ketika musim panas, lapor Al Arabiya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN