Lelaki belanja RM168,369 beli tiket acara sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Lelaki belanja RM168,369 beli tiket acara sukan Olimpik

KAZUNORI TAKISHIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kazunori Takishima sudah mengembara ke seluruh dunia untuk menyokong pasukan Jepun dalam setiap temasya sukan Olimpik sejak 15 tahun lalu.

Tahun ini, Jepun menjadi tuan rumah untuk Olimpik dan sepatutnya hal itu menggembirakan Takishima.

Namun, impiannya musnah apabila orang ramai tidak dibenarkan menonton acara sukan yang dipertandingkan susulan pandemik Covid-19 yang melanda.

Hanya petugas media dan pihak tertentu yang dibenarkan menyaksikan pertandingan yang berkangsung.

Lebih menyakitkan, Takishima sebelum itu sudah menghabiskan duit sebanyak AS$40,000 (RM168,369) untuk membeli 197 keping tiket acara sukan untuk dirinya dan juga rakan-rakannya.

“Kini, apa yang ada hanyalah kesedihan. Setiap kali saya lihat tiket yang dibeli, saya pasti menangis.

“Saya tidak pernah rasa sesedih ini kerana saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan jepun bertanding dalam Olimpik,” katanya kepada CNN.

Minat Takishima terhadap Olimpik bermula 2005 dan seterusnya mengikuti setiap temasya sukan berprestij itu di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya