BEIJING: Hampir 91 peratus penduduk dewasa di bandar raya ini sudah menerima dua dos vaksin Covid-19.
Kira-kira 17.7 juta orang atau 90.8 peratus penduduk dewasa di Beijing sudah divaksin sehingga 21 Julai ini, sekali gus menyumbang 80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu 21.9 juta.
Jumlah vaksinasi lengkap dalam kalangan penduduk dewasa di beberapa bandar lain juga merekodkan peningkatan besar, dengan Shanghai dan Wuhan melebihi kadar 80 dan 77 peratus.
Semalam, China sudah memberikan 1.49 bilion dos vaksin Covid-19 sehingga 21 Julai lalu.
Kadar pemberian vaksin di negara ini direkodkan menurun sehingga 11.8 juta dos sehari bagi bulan ini, berbanding purata hampir 20 juta pada Jun.
China menyasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada kumpulan sasaran akan divaksin menjelang hujung tahun ini. – REUTERS










