Lebih 370 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Lebih 370 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Israel

DRON menjatuhkan kanister gas pemedih mata terhadap penduduk Palestin ketika pertembungan dengan tentera Israel di bandar Beita, berhampiran Nablus di Tebing Barat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Lebih 370 penduduk Palestin mengalami kecederaan selepas pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang membantah pembinaan sebuah kem haram di Tebing Barat.

Lapor Al Jazeera, beberapa dron digunakan untuk menjatuhkan kanister gas pemedih mata sehingga asap menyelubungi seluruh lokasi demonstrasi itu yang diadakan di bandar Beita, berhampiran Nablus, Tebing Barat.

Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan turut membakar tayar dan membaling batu ke arah pasukan tentera Israel.

Menurut beberapa saksi, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru keluli bersalut getah ke arah penduduk Palestin selepas menunaikan solat Jumaat di Beita.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan seramai 379 penduduk Palestin cedera dalam kejadian itu.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 31 penduduk terkena tembakan peluru hidup.

Demonstrasi serupa juga berlaku di bandar Kafr Qaddum dan Beit Dajan yang mana puluhan penduduk Palestin terpaksa menerima rawatan akibat kesan gas pemedih mata.

Dilaporkan, tentera Israel turut menyerang penduduk yang membantah terhadap penempatan Yahudi di Masafer Yatta di Hebron. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya