Lebih 300,000 penduduk terkandas akibat banjir di Bangladesh - Utusan Malaysia

Lebih 300,000 penduduk terkandas akibat banjir di Bangladesh

PELARIAN Rohingya membersihkan sisa rumah yang runtuh selepas ribut melanda di kem Balukhali di Bangladesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Banjir kilat dan tanah runtuh yang diakibatkan oleh musim monsun di Bangladesh menyaksikan lebih 300,000 penduduk di beberapa perkampungan terjejas dan sekurang-kurangnya 20 orang maut.

Daerah ini yang menempatkan sebilangan besar kem pelarian etnik Rohingya dilanda hujan lebat sejak Isnin lalu.

Pegawai kerajaan, Mamunur Rashid berkata, kira-kira 306,000 penduduk di Cox’s Bazar terkandas akibat banjir apabila hampir 70 perkampungan ditenggelami air.

“Sekurang-kurangnya 20 penduduk termasuk enam pelarian Rohingya maut akibat banjir dan tanah runtuh yang berlaku,” katanya.

Selain itu, 36,000 penduduk dipindahkan ke sekolah dan pusat perlindungan sementara.

Kebanyakan penduduk kampung terkandas sejak tiga hari lalu selepas banjir merosakkan banyak jalan utama.

Pada awal minggu ini, Bangladesh memindahkan 10,000 pelarian Rohingya dari beberapa kem pelarian susulan ribut yang berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya