Korban kilang terbakar di Bangladesh meningkat 52 orang - Utusan Malaysia

Korban kilang terbakar di Bangladesh meningkat 52 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUPGANJ: Jumlah korban kebakaran sebuah kilang memproses makanan dan minuman di sini meningkat sekurang-kurangnya 52 orang dan 30 cedera.

Ketika kerja-kerja pemadaman api berlangsung, ratusan ahli keluarga pekerja kilang berkenaan sabar menunggu di luar premis sambil berharap dapat temukan mangsa yang masih hidup.

Kebakaran itu berlaku petang semalam dan sehingga pagi ini, api belum dipadam sepenuhnya.

Polis pada awalnya memaklumkan jumlah kematian seramai tiga orang, namun angka itu naik mendadak apabila pasukan bomba berjaya masuk ke tingkat paling atas kilang itu dan menemukan puluhan mayat mangsa yang terperangkap.

Mangsa yang cedera selepas melompat keluar dari tingkat atas kilang itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap bomba memaklumkan, sebaik sahaja kebakaran padam sepenuhnya, mereka akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN