Keluarga rampas jenazah, tidak mahu ditanam ikut protokol Covid-19 - Utusan Malaysia

Keluarga rampas jenazah, tidak mahu ditanam ikut protokol Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA TENGGARA TIMUR: Gara-gara tidak mahu jenazah dikebumikan mengikut protokol Covid-19, sebuah keluarga bertindak merampas keranda mayat di Hospital Siloam Kupang.

Lapor Tribunnews, keluarga mangsa menggunakan kenderaan pacuan empat roda semasa merampas jenazah di bilik mayat.

Jenazah kemudian dibawa ke tempat pengebumian sehingga menjadi tular dalam sebuah video di media sosial.

Jenazah dikenali sebagai LHH, 27, berasal dari Kelurahan Alak, Kota Kupang dan disahkan meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Mangsa asalnya ke hospital bagi menjalani pembedahan kanser prostat.

Selepas menjalani pembedahan, mangsa meninggal dunia awal pagi tadi.

Pihak hospital memberikan penjelasan kepada ahli keluarga dan menolak permintaan mereka untuk singgah sementara di tempat pengebumian.

Hal ini disebabkan terdapat dua pesakit meninggal dunia akibat Covid-19.

Lantaran itu, pihak polis mengunjungi keluarga mangsa dan memberikan penjelasan.

Keluarga akhirnya menerima penjelasan terseut dan membuat permohonan maaf.

Jenazah kemudian dibawa oleh petugas Covid-19 untuk dikebumikan mengikut protokol ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya