Kanada: 182 kubur tidak bertanda ditemukan - Utusan Malaysia

Kanada: 182 kubur tidak bertanda ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Sebuah komuniti di barat Kanada menemukan sebanyak 182 kubur tidak bertanda di kawasan berhampiran sebuah sekolah asrama untuk kanak-kanak Orang Asli di negara itu.

Ia merupakan penemuan terbaharu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Lapor Al Jazeera, Lower Kootenay Band memaklumkan para pakar menggunakan pemetaan radar tanah untuk mengesan mayat kanak-kanak Orang Asli yang dipercayai berumur tujuh hingga 15 tahun di kawasan St Eugene’s Mission School berhampiran Cranbrook, British Columbia.

Jelas Lower Kootenay Band menerusi kenyataan, pencarian itu sudah bermula pada tahun lalu dan kanak-kanak berkenaan dipercayai berasal dari komuniti Ktunaxa Nation.

“Anda mungkin tidak menyangka kejadian seperti ini boleh berlaku,” kata Ketua Lower Kootenay Band, Jason Louie seperti dilaporkan CBC News.

Ratusan kubur tidak bertanda ditemukan di tiga sekolah asrama di Kanada sejak beberapa minggu lalu.

Bulan lalu, sebanyak 215 mayat kanak-kanak Orang Asli dijumpai di sekolah asrama Kamloops Indian di British Columbia.

Sebanyak 751 lagi kubur tidak bertanda ditemukan di sekolah asrama Marieval Indian di Saskatchewan minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN