SURABAYA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberi sumbangan binatang korban seekor lembu seberat 1,242 kilogram di Masjid Al-Akbar, Surabaya.
Lapor Detik.com, lembu itu daripada jenis limousin yang mempunyai ketinggian 154 sentimeter (cm) dan panjang 194 cm.
Bermula esok, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.
Dalam pada itu, pihak polis memperketatkan sekatan di beberapa jalan raya bagi mengelakkan orang ramai yang nekad pulang ke kampung semasa Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut nanti.
Pihak polis sudah menambah bilangan sekatan jalan raya di Pulau jawa, Bali hingga Lampung.
Sehingga kini, terdapat 1,038 sekatan jalan raya di seluruh wilayah tersebut bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19 di Indonesia.