Jemaah haji perlu sentiasa patuhi protokol Covid-19 - Utusan Malaysia

Jemaah haji perlu sentiasa patuhi protokol Covid-19

ANGGOTA keselamatan Arab Saudi memeriksa permit jemaah di Mekah.– AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Arab Saudi menasihatkan semua jemaah untuk sentiasa mematuhi protokol Covid-19 sepanjang masa mengerjakan ibadah haji.

Lapor Arab News, Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga menggesa jemaah untuk membawa barang keperluan peribadi masing-masing seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman atau pembersih tangan dan sejadah sebelum memulakan perjalanan ke Mekah.

Bilangan jemaah menunaikan haji pada tahun ini dihadkan susulan ancaman pandemik Covid-19.

Kerajaan Arab Saudi memberikan kebenaran kepada 60,000 jemaah yang berada di negara itu dan berumur antara 18 hingga 65 tahun untuk mengerjakan haji.

Tahun lalu, hanya seramai 10,000 penduduk di Arab Saudi dibenarkan menunaikan ibadah haji.

Dalam pada itu, Jurucakap Komander Kawalan Keselamatan Haji, Jeneral Sami Al-Shuwairekh berkata, pihak berkuasa menahan sembilan jemaah kerana cuba memasuki tempat-tempat suci tanpa permit haji.

Katanya, jemaah tersebut dikenakan denda sebanyak SR10,000 (RM11,225).

Katanya, pasukan keselamatan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap manamana jemaah cuba memasuki kawasan Masjidil Haram atau tempat-tempat suci di Mina, Muzdalifah dan Arafat tanpa kebenaran.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Dr. Abdullatif Al-Asheikh melancarkan projek operasi dan penyelenggaraan yang menelan kos perbelanjaan lebih SR31 juta (RM34.7 juta).

Projek itu akan dilaksanakan untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada semua jemaah dan menerapkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan bagi mencegah penularan Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN