Israel sekali lagi lancar serangan udara di Gaza - Utusan Malaysia

Israel sekali lagi lancar serangan udara di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Israel sekali lagi melancarkan serangan udara di Gaza sebagai tindak balas selepas mendakwa penduduk di semenanjung itu melancarkan serangan belon berapi terhadap wilayah Zionis.

Menurut sumber pergerakan Hamas, serangan itu mengenai beberapa tapak latihan mereka, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Semalam, jabatan perkhidmatan bomba Israel memaklumkan belon berapi yang dilancarkan dari Gaza menyebabkan kebakaran kecil berlaku di selatan Eshkol yang terletak berhampiran dengan sempadan Gaza.

Kebakaran itu disifatkan ‘kecil dan tidak berbahaya’, malah dapat dikawal sehingga terpadam.

“Siasatan mendapati kebakaran itu disebabkan oleh belon berapi yang dilancarkan dari Gaza,” jelas kenyataan bomba Israel.

Serangan udara terbaharu Israel itu jelas menunjukkan Zionis sudah beberapa kali mencabuli gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini.

Konflik keganasan yang berlaku selama 11 hari sebelum ini menyaksikan rejim Zionis mengebom kawasan penempatan penduduk Palestin di Gaza dan ditamatkan dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya