JAKARTA: Organisasi Telekomunikasi Dunia (ITU) mendedahkan laporan mengenai Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) 2020 dengan menunjukkan Indonesia berada jauh dari Malaysia dan Arab Saudi.
Detik.com melaporkan, GCI bertujuan mengukur komitmen, kepedulian serta usaha sesebuah negara terhadap pengendalian keamanan siber.
Terdapat lima parameter penilaian iaitu aspek undang-undang, teknikal, oganisasi, pembinaan kapasiti dan kerjasama.
Semakin tinggi kedudukan sesebuah negara bermakna komitmen dan pertahanan keamanan siber sesuatu negara adalah sangat baik.
Amerika Syarikat menjadi negara yang berada di kedudukan pertama dalam indeks tersebut, disusuli United Kingdom dan Arab Saudi.
Singapura menghuni carta keempat global dan menjadi negara pertama di Asia Tenggara.
Malaysia pula berada di kedudukan kelima dalam indeks global serta kedua di Asia Tenggara.
Indonesia pula berada di carta ke-24 global sekali gus berada jauh dengan negara-negara jiran lain.









