NEW DELHI: Puluhan juta penduduk di India kini berdepan dengan cuaca panas melampau susulan fenomena gelombang haba.
Fenomena itu sudah meragut lebih 6,500 nyawa di negara ini sejak 2010 dan para saintis mendakwa perubahan iklim memburukkan lagi keadaan.
Duhu waktu siang direkodkan atas 40 darjah Celsius untuk empat hari berturut-turut di beberapa negeri seperti Rajasthan, Haryana dan New Delhi.
Sebahagian besar kawasan di Punjab, Uttar Predesh dan Madhya Pradesh turut terkesan dengan gelombang haba tersebut.
New Delhi mencatat suhu setinggi 43.1 darjah Celsius semalam, iaitu paling panas sejak 2012. – AFP