Ibu mati selepas selamatkan bayi dari tanah runtuh - Utusan Malaysia

Ibu mati selepas selamatkan bayi dari tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HENAN: Pihak penyelamat di China memaklumkan seorang wanita yang menyelamatkan bayinya daripada banjir lumpur di rumahnya, sudah meninggal dunia.

BBC melaporkan bayi itu diselamatkan dalam keadaan masih hidup semalam selepas lebih 24 jam terperangkap dalam runtuhan.

Hujan lebat sehingga menyebabkan tanah runtuh di kampung Wangzongdian di wilayah Henan.

Wilayah itu menyaksikan banjir besar akibat hujan lebat dengan 33 kematian dan lebih 200,000 orang diselamatkan dari rumah mereka.

Rakaman gambar menunjukkan usaha menyelamatkan bayi itu menjadi tular di China.

Bayi itu dipercayai berusia dalam lingkungan tiga hingga empat bulan.

“Saya dengar suara bayi dan ketika itu pasukan penyelamat baru sahaja tiba dan berusaha menyelamatkan bayi itu.

“Bayi itu diletakkan di kawasan tinggi oleh ibunya,” kata seorang ahli keluarga mangsa.

Bayi itu kemudian dibawa ke hospital dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara mayat ibunya ditemukan hari ini dan pihak penyelamat memberitahu Beijing Youth Daily mereka menemukan mayat dalam keadaan membeku seperti mengangkat sesuatu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN