fbpx

23 September 2021, 8:16 am

  TERKINI

Hanya ingin berjumpa anak bongsu, wanita ditendang bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang lelaki tergamak memukul dan menendang bekas isterinya hanya kerana mahu berjumpa dengan anak bongsunya di Jalan Sei Jenggi, Perbaungan.

Wanita itu hanya sempat berjumpa dengan anak lelakinya dalam beberapa minit sebelum dihalang suaminya yang menarik tangan anaknya dan memberi amaran supaya tidak dapat berjumpa lagi.

Lapor Tribunnews, lelaki itu bukan sahaja mengasari bekas isterinya, bahkan turut memukul anak kandungnya berusia 15 tahun.

Kejadian itu berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup.

Suspek dikenali sebagai Muhammad Sofyan Lubis, 40, manakala, mangsa yang merupakan bekas isterinya dikenali sebagai Tengku Zul Hafni, 35.

Selepas bercerai dengan isterinya, lelaki itu tinggal di Teluk Mengkudu, Serdang Bedagai dan mendapat hak penjagaan terhadap anak bongsu mereka.

Menerusi rakaman CCTV berdurasi satu minit, Sofyan dilihat memukul dan menampar anaknya di depan warung milik bekas isterinya.

“Semasa Januari lalu, saya dipukul dengan penyapu oleh bekas suami. Malah, adik perempuan saya turut dipukul ketika itu,” luahnya.

Akibat kejadian itu, dia terus membuat laporan polis di Perbaungan.

Menurut wanita itu, sekitar Mei lalu, anak perempuannya dipukul oleh ayahnya gara-gara berbalas mesej dengan kenalan dalam media sosial.

Lebih menyedihkan apabila lelaki itu mengajak anaknya berjumpa bomoh supaya dapat membunuh ibu kandungnya sendiri.

“Anak saya turut diberikan gelang supaya dapat melupakan saya. Perkara itulah yang diceritakan oleh anak saya kepada kawannya sehingga bapanya marah lalu menamparnya,” ujarnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI