EDINBURGH: Sebanyak 1,991 kes jangkitan Covid-19 di Scotland dikaitkan dengan sejumlah peminat bola yang menonton perlawanan bola sepak Euro 2020.
Agensi Kesihatan Awam Scotland (PHS) memaklumkan, hampir dua per tiga kes iaitu sebanyak 1,294 melibatkan peminat bola sepak yang berkunjung ke London untuk menyaksikan perlawanan antara Scotland menentang England pada 18 Jun lalu.
Sebanyak 397 peminat pasukan Scotland tidak dapat memasuki Stadium Wembley susulan tiada tiket, menyebabkan mereka mengunjungi beberapa bar berhampiran untuk menyaksikan perlawanan.
Kesemuanya dilaporkan tidak mematuhi peraturan sekatan Covid-19.
Selain itu, ada juga kes jangkitan Covid-19 melibatkan peminat bola sepak ketika menyaksikan perlawanan antara Scotland dan Croatia serta Scotland menetang Republik Czech.
Menurut PHS, sebanyak 90 peratus kes jangkitan melibatkan lelaki iaitu sebanyak 1,470 melibatkan golongan berusia 20 hingga 39 tahun.
Sehubungan itu, Scotland kini menjadi negara tertinggi dalam United Kingdom yang merekodkan kes jangkitan koronavirus.