Fosil kelawar puntianak 100,000 tahun ditemukan - Utusan Malaysia

Fosil kelawar puntianak 100,000 tahun ditemukan

PAKAR Haiwan Mamalia, Prof. Blaise Kadjo menunjukkan spesies kelawar di makmal penyelidikan zoologi Universiti Houphouet-Boigny, Ivory Coast. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Fosil tulang rahang kelawar milik spesies kelawar ‘puntianak raksasa’ yang pupus sejak 100,000 tahun lalu ditemukan di sebuah gua di Argentina. 

Tulang rahang kelawar itu dipercayai milik spesies Desmodus Draculae dan penemuan itu memberikan petunjuk mengenai kepupusan haiwan itu. 

TULANG rahang kelawar yang ditemukan. – AGENSI

Haiwan itu menguasai sekitar 20 peratus daripada semua spesies mamalia selepas jumlahnya bertambah sekitar 50 juta tahun lalu.

Hal ini bermaksud setiap penemuan mengenai kelawar sangat berharga kerana membantu kelompongan fakta mengenai sejarah haiwan itu.

Pakar Paleontologi Makmal, Muzium Miramar Sains Semula Jadi di Argentina, Mariano Magnussen berkata, spesies kelawar puntianak adalah satu-satunya keluarga kelawar di dunia yang ingin diketahui ramai. 

Katanya, haiwan ini bukan kategori mamalia berbahaya walaupun hidup dengan makan darah haiwan lain. 

“Perkara buruk mengenai kelawar ini adalah ia dapat menyebarkan rabies atau penyakit lain sekiranya terjangkiti,” jelasnya. 

Ketika ini, hanya tiga daripada sekitar 1,400 spesies mamalia itu adalah kelawar puntianak. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya