Eropah kembali bergelut dengan peningkatan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Eropah kembali bergelut dengan peningkatan kes Covid-19

KESATUAN Eropah (EU).- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPANHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan kes jangkitan Covid-19 di Eropah mula meningkat selepas dua bulan merekodkan penurunan.

Keadaan itu sekali gus memberi amaran gelombang baharu bakal tiba sekiranya keadaan tidak terkawal.

Pengarah WHO bagi Eropah, Hans Kluge berkata, jumlah kes meningkat sehingga 10 peratus pada minggu lalu berikutan aktiviti pelancongan, perhimpunan dan kelonggaran sekatan sosial.

“Bakal berlaku gelombang baharu di benua Eropah melainkan kita semua kekal berdisiplin memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Kluge juga tidak menolak peningkatan kes jangkitan ini disebabkan oleh penularan varian Delta.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah sebelum ini menganggarkan kes jangkitan akibat varian Delta boleh menyumbang sebanyak 90 kes baharu di Eropah menjelang penghujung Ogos ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN