Dos ketiga untuk golongan sistem imun lemah - Utusan Malaysia

Dos ketiga untuk golongan sistem imun lemah

PAPAN iklan menawarkan suntikan vaksin Covid-19 secara percuma diletakkan di Stesen Kereta Api Union di Los Angeles, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Kumpulan penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) akan mempertimbangkan cadangan mengenai dos tambahan vaksin Covid-19 yang dikatakan boleh meningkatkan perlindungan bagi golongan penduduk yang sistem imunisasi terganggu.

Data yang dibentangkan sebelum mesyuarat kumpulan penasihat itu menunjukkan golongan tersebut mempunyai tindak balas antibodi yang berkurangan berbanding dengan individu sihat.

“Data awal yang dikumpulkan memberi gambaran dos vaksin tambahan kepada golongan yang mengalami gangguan imun boleh meningkatkan tindak balas antibodi mereka,” menurut data itu.

Bagaimanapun, kumpulan penasihat itu tidak dijadualkan untuk mengundi sama ada untuk membenarkan pemberian dos tambahan atau sebaliknya.

Menerusi beberapa kajian kecil sebelum ini, kesan sampingan jangka pendek dari dos ketiga vaksin mRNA seperti Pfizer atau Moderna dianggarkan sama seperti pemberian dua dos.

Kira-kira 2.7 peratus penduduk dewasa AS hidup dengan sistem imun yang lemah dan angka itu berdasarkan data 2013.

Golongan dengan sistem imun lemah ini termasuk mereka yang mempunyai HIV/AIDS, kanser, pernah melakukan pemindahan organ atau menghidap penyakit autoimun.

Golongan itu berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi teruk termasuk kematian akibat Covid-19.

Sehubungan itu, CDC menasihatkan golongan berkenaan supaya lebih berhati-hati biarpun sudah menerima vaksinasi lengkap Covid-19. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya