Disangka mati sebab Covid-19, rupanya dibunuh suami sendiri - Utusan Malaysia

Disangka mati sebab Covid-19, rupanya dibunuh suami sendiri

RAMAVATH VIJAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HYDERABAD: Seorang lelaki ditahan polis di bandar ini selepas dia didakwa menekup muka isterinya dengan bantal sehingga mati kerana mengesyaki wanita itu curang.

Menurut polis, selepas membunuh isterinya, suspek yang dikenali sebagai Ramavath Vijay mereka cerita bahawa wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19 bagi mengelak perbuatannya terbongkar.

“Ramavath Kavitha, 21, dibunuh oleh suaminya di rumah mereka di Vaidehi Nagar, ketika tidur kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan pada 18 Jun lalu.

“Vijay mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain menyebabkan dia membunuh wanita tersebut dan memaklumkan kepada keluarganya Kavitha maut akibat Covid-19,” jelas polis.

Selepas membunuh isterinya, Vijay membawa mayat wanita itu ke kampung halamannya dan melakukan upacara pengebumian, selain tidak membenarkan keluarganya menyentuh mayat Kavitha atas alasan Covid-19.

Namun, keluarga isterinya meragui cerita Vijay lalu membuat laporan polis dan hasil soal siasat, suspek mengakui membunuh Kavitha serta memberitahu wanita itu tidak dijangkiti Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN