Dibunuh keluarga sendiri kerana pakai seluar jeans - Utusan Malaysia

Dibunuh keluarga sendiri kerana pakai seluar jeans

IBU mangsa (kanan) dan mangsa, Neha Paswa (gambar kecil). – RAJESH ARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Hanya kerana memakai seluar jeans, seorang gadis berusia 17 tahun dipukul sehingga maut oleh ahli keluarganya sendiri di Uttar Pradesh.

BBC melaporkan, mangsa, Neha Paswa dipukul dengan teruk oleh datuk dan bapa saudaranya selepas berlaku pertelingkahan berhubung soal pemakaian di rumahnya di Kampung Savreji Kharg di
Deoria.

“Dia berpuasa sepanjang hari dan kemudian pada waktu malam dia mengenakan pakaian jeans semasa menjalankan ritual.

“Apabila ditegur oleh datuknya, Neha menjawab jeans dibuat untuk dipakai dan dia tetap akan memakainya,” kata ibunya, Shakuntala Devi Paswan.

Pertengkaran itu semakin panas sehingga bertukar menjadi kejam apabila mangsa terbaring di atas lantai dan tidak sedarkan diri selepas dipukul.

Ahli keluarga lain kemudian membawa mangsa ke hospital.

Shakuntala memberitahu, dia mendapat berita keesokan pagi ada mayat perempuan tergantung di jambatan Sungai Gandak.

Pihak polis mengesahkan ia adalah kes bunuh dan mangsa adalah Neha.

Susulan itu, polis mencari bahan bukti dengan menyiasat 10 orang termasuk datuk, ibu dan bapa saudara, sepupu dan pemandu kenderaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya