Demi piza, tahanan jadikan pengawal penjara sebagai tebusan - Utusan Malaysia

Demi piza, tahanan jadikan pengawal penjara sebagai tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Dua pengawal penjara di Sweden dijadikan tebusan selama sembilan jam semalam oleh dua banduan yang meminta piza sebagai ganjaran.

Kedua-dua pengawal itu dibebaskan selepas makanan tersebut diberikan kepada dua tahanan berkenaan.

Jurucakap penjara, Stina Lyles berkata, kedua-dua pengawal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, dua tahanan di penjara Hallby berhampiran pekan Eskilstuna itu berjaya memasuki kawasan khusus untuk pengawal kira-kira pukul 12.30 petang waktu tempatan.

“Ketika di sana, dua tahanan itu menangkan dua pengawal untuk dijadikan tebusan.

“Kami bertindak cepat dengan menghubungi polis dan melakukan rundingan dengan mereka,” katanya.

Media Sweden melaporkan, dua tahanan itu membuat dua tawaran iaitu melarikan diri menggunakan helikopter dan menghantar 20 piza kepada tahanan lain.

Pihak penjara kemudiannya memutuskan untuk memberi piza dan dua tahanan tersebut bersetuju.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis dan didakwa melakukan penculikan. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya