Covid-19: Tunisia rekod kematian harian tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Tunisia rekod kematian harian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Tunisia melaporkan kes kematian harian tertinggi akibat Covid-19 sejak pandemik itu bermula di negara tersebut.

Ia ketika negara itu berdepan dengan penularan varian Delta dan penyediaan vaksin Covid-19 masih berada pada tahap rendah.

Lapor Al Jazeera, menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 205 kematian dan 6,787 kes jangkitan akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Kes kematian tinggi itu direkodkan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemampuan Tunisia mengekang gelombang jangkitan baharu berikutan katil di wad rawatan rapi (ICU) penuh dan hospital berdepan dengan kekurangan bekalan oksigen.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan memberi amaran sistem kesihatan awam Tunisia hampir lumpuh kerana mencapai had maksiumum pesakit di hospital.

Situasi itu menjadi lebih buruk dengan program vaksinasi yang perlahan sehingga menyaksikan hanya 13 peratus penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, Tunisia yang mempunyai 12 juta penduduk melaporkan 533,274 kes jangkitan dan 17,214 kematian akibat Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN