Covid-19: Terpaksa tagih bantuan orang ramai bayar bil hospital - Utusan Malaysia

Covid-19: Terpaksa tagih bantuan orang ramai bayar bil hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Penduduk India terpaksa membuat pendanaan ramai bagi membayar kos bil perubatan yang melambung tinggi semasa gelombang kedua Covid-19 melanda.

BBC melaporkan, seorang pesakit, Supraja Reddy Yeruva tidak boleh bernafas dengan baik selama beberapa hari selepas melahirkan anak keduanya Jun lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu mula menunjukkan simptom Covid-19 semasa mengandung selepas mengadakan rutin pemeriksaan biasa di hospital.

Akibatnya, dia mempunyai jangkitan paru-paru dan ditahan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Hyderabad.

Selepas sebulan, dia masih ditahan di sana.

Suaminya, Vijaya Yeruva masih menunggu isterinya sembuh bersama anak perempuan berusia enam tahun dan bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Yeruva terpaksa menanggung bil perubatan isterinya berjumlah 6 juta rupee (RM340,660).

Malah, jumlah itu akan meningkat pada setiap hari selagi mana isterinya ditahan.

Dia menggunakan insurans kesihatan yang dicarumnya setiap bulan, kad kredit dan pinjaman dari bank.

Setelah setiap pilihan yang ada digunakan, lelaki berusia 35 tahun itu beralih menggunakan Ketto sebuah platform pendanaan ramai bagi melancarkan kutipan.

Yeruva bekerja sebagai seorang jurutera dengan pendapatan tahunan AS$1,076 (RM4,550) tidak pernah membayangkan akan meminta pertolongan orang ramai bagi mengumpul dana.

“Saya bekerja keras untuk menampung keluarga dan tidak pernah meminta bantuan orang.

“Sampai sekarang saya masih malu untuk memberitahu orang ramai tentang pendanaan ramai ini,” luahnya.

Keterdesakan yang dialami oleh Yeruva sebenarnya mewakili ribuan keluarga India yang berdepan hutang perubatan di hospital swasta akibat Covid-19.

Disebabkan itu, ramai terpaksa beralih ke pendanaan ramai bagi menampung bil hospital.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN