Covid-19: Indonesia akan terima 50 juta dos vaksin Pfizer - Utusan Malaysia

Covid-19: Indonesia akan terima 50 juta dos vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan bersama syarikat farmaseutikal, PT Pfizer Indonesia dan BioNTech SE akan bekerjasama menyediakan 50 juta dos vaksin Pfizer yang dikenali sebagai BNT 162b2 sepanjang tahun ini.

Lapor Kompas, perjanjian itu merupakan sebahagian daripada komitmen global Pfizer dan BioNTech bagi membantu memerangi pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, beliau menyambut baik kerjasama perolehan vaksin Pfizer di Indonesia.

Menurut Budi, vaksin Pfizer merupakan antara vaksin Covid-19 yang digunakan dalam program vaksinasi negara ini.

“Saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam membantu memenuhi keperluan vaksin Covid-19 di Indonesia.

“Menerusi tambahan stok 50 juta dos vaksin Pfizer ini, kami harap dapat mempercepatkan pelaksanaan program vaksinasi di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, 50 juta dos vaksin Pfizer akan digunakan dalam program vaksinasi setelah mendapat kelulusan daripada Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM) Indonesia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya