Claude Joseph akan berundur sebagai PM sementara Haiti - Utusan Malaysia

Claude Joseph akan berundur sebagai PM sementara Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph yang ketika ini menguruskan pentadbiran negara selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise, didakwa akan berundur daripada jawatan tersebut.

Menurut seorang pegawai, sebuah kerajaan baharu akan dibentuk dengan Ariel Henry dilantik sebagai Perdana Menteri Haiti.

Bagaimanapun, pegawai itu mendakwa kerajaan tersebut tidak akan mempunyai presiden dan dibentuk untuk mengadakan pilihan raya baharu dengan segera.

Dua hari sebelum insiden pembunuhan, Moise melantik Ariel Henry sebagai perdana menteri baharu Haiti namun beliau tidak sempat membentuk kerajaan.

Beberapa jam selepas pembunuhan itu, Joseph mengisytiharkan darurat dan mendakwa menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

“Kedua-dua pemimpin itu telah bertemu beberapa kali dan mengadakan perbincangan yang membawa kepada pembentukan kerajaan inklusif dengan Henry sebagai Perdana Menteri,” kata pegawai itu.

Jelas pegawai itu, Jospeh akan kembali menjawat jawatan Menteri Luar dalam kerajaan baharu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN