BEIJING: China melaporkan sebanyak 29 kes Covid-19 baharu di ibu negaranya, semalam.
Lapor Reuters, Suruhanjaya Kesihatan Nasional memaklumkan jumlah itu menunjukkan kenaikan berbanding 27 kes jangkitan Covid-19 yang dicatatkan sehari sebelumnya.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, daripada jumlah kes Covid-19 baharu itu, sebanyak dua kes penularan tempatan dikesan di wilayah Jiangsu dan Yunnan.
Jumlah itu dibandingkan dengan sembilan kes tempatan yang dilaporkan sehari sebelumnya.
China melaporkan 22 kes asimptomatik baharu yang tidak diklasifikasikan sebagai kes yang disahkan.
Tiada kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan.
Setakat semalam, China melaporkan sebanyak 92,095 kes jangkitan yang disahkan dan angka kematian masih kekal pada 4,636 kes.










