TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 57 orang dikhuatiri maut selepas sebuah bot yang membawa pendatang dilaporkan terbalik di perairan Libya.
Lapor Al Jazeera, jurucakap Pertubuhan Antarabangsa untu Migrasi (IOM), Safa Msehli berkata, bot itu meninggalkan bandar pesisir barat Khums pada Ahad lalu.
Katanya, sekurang-kurangnya 57 penumpang berada di dalam bot tersebut.
Menurut beliau, seramai 18 orang dari bot tersebut berjaya diselamatkan dan kembali ke pantai semalam.
Jelas Msehli, mangsa dari Nigeria, Ghana dan Gambia mendakwa ketika kejadian, bot itu terhenti kerana mengalami masalah enjin dan kemudian terbalik di tengah cuaca buruk.
“Mangsa yang diselamatkan dibawa ke pantai oleh nelayan dan pengawal pantai.
“Menurut mangsa, sekurang-kurangnya 20 wanita dan dua kanak-kanak antara penumpang yang lemas,” kata Msehli di laman Twitter. – AGENSI









