Bina terowong pakai tangan - Utusan Malaysia

Bina terowong pakai tangan

PEMANDANGAN Terowong Guoliang di wilayah Henan, China. -MICROSOFT BING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Siapa sangka Terowong Guoliang yang menghubungkan ke sebuah kampung di kawasan tebing di wilayah Henan hanya ditarah menggunakan tangan sepanjang 1.2 kilometer (km).

Lapor Oddity Central, pembinaan terowong itu hanya menggunakan penukul dan pemahat sehingga menjadikan tempat itu sebagai lapan keajaiban di dunia.

Selama berabad-abad, penduduk di Guoliang yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di tebing gunung Taihang terpisah dengan dunia luar.

Jalan keluar dan masuk ke kampung itu hanya bergantung kepada Sky Ladder yang mempunyai sebanyak 720 anak tangga yang dibina sejak zaman Dinasti Song.

Bagaimanapun, segala-galanya mula berubah sejak 1972 apabila jawatankuasa kampung memutuskan untuk mengorek terowong di sepanjang gunung itu supaya dapat menghubungkan dengan dunia luar.

Cabaran terbesar pernah dihadapi adalah ketika membawa penduduk yang sakit ke hospital.

Jika seseorang sakit, seramai lapan orang diperlukan untuk membawa pengusung menuruni gunung menggunakan laluan Sky Ladder yang mengambil masa selama empat jam perjalanan ke hospital berdekatan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya