Banjir besar di India ragut 110 nyawa - Utusan Malaysia

Banjir besar di India ragut 110 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Angka korban akibat tanah runtuh yang menyebabkan banjir besar meningkat kepada 110 orang di Maharashtra.

Lapor BBC, hujan lebat menyebabkan ratusan kampung dilanda banjir sehingga memusnahkan rumah dan menyebabkan penduduk terkandas.

Tentera Udara dan Laut turut menyertai operasi menyelamat selepas hujan lebat sehingga menyebabkan banjir dan ribuan mangsa terperangkap.

Usaha menyelamat terganggu akibat tanah runtuh menghalang jalan termasuk lebuh raya utama antara Mumbai dan Goa.

Banyak faktor menyebabkan kejadian banjir besar itu, namun, pakar mempercayai ia berpunca daripada perubahan iklim akibat pemanasan global sehingga menyebabkan hujan lebat luar biasa.

Di Mumbai, seramai dua orang mati dan 10 yang lain cedera selepas perumahan penduduk runtuh.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN