Bangladesh: Enam maut tanah runtuh, banjir kilat di kem pelarian Rohingya - Utusan Malaysia

Bangladesh: Enam maut tanah runtuh, banjir kilat di kem pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Sekurang-kurangnya enam etnik Rohingya maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda sebuah kem pelarian di tenggara Bangladesh.

Lapor Al Jazeera, ribuan pelarian terpaksa dipindahkan selepas hujan monsun menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di kem pelarian di Cox’s Bazar.

Pesuruhjaya bagi kem pelarian, Shah Rezwan Hayat berkata, lima pelarian Rohingya termasuk tiga kanak-kanak tertimbus dan terbunuh selepas sebahagian bukit memusnahkan pondok mereka di kem Balukhali.

“Hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari menyebabkan tanah runtuh itu,” katanya kepada AFP.

Menurut pegawai, seorang lagi kanak-kanak Rohingya maut selepas lemas di sebuah sungai di kem pelarian Palong Khali yang berdekatan.

“Kami juga menyelamatkan dua orang yang cedera dan menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada AFP.

Tambah Shah Rezwan, ribuan keluarga Rohingya sudah dipindahkan dalam kem untuk memastikan mereka selamat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN