Atlet Israel pijak katil sampai rosak - Utusan Malaysia

Atlet Israel pijak katil sampai rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seramai lapan atlet Israel menerima kecaman dunia selepas merosakkan tempat tidur yang dihasilkan dari kadbod di perkampungan sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut jawatankuasa penganjur, katil itu mempunyai kekuatan menampung berat sehingga 200 kilogram walaupun dibuat daripada bahan kitar semula.

Namun, akibat sikap bodoh atlet Israel yang mahu menguji kekuatan katil itu akhirnya menyebabkan kerosakan berlaku.

Aksi melampau dan tidak bertamadun itu dimuat naik dalam YouTube sehingga mengundang kritikan orang ramai.

Seorang rakyat Jepun, Nami Honda berkata, tindakan yang dilakukan itu bukan satu bentuk gurauan dan tidak boleh dimaafkan.

Namun, sebaliknya tindakan itu menunjukkan kekuatan katil itu walaupun dipijak oleh lapan orang.

Walaupun tindakan itu merupakan satu bentuk vandalisme di perkampungan sukan Olimpik, ada individu yang melihatnya sebagai satu bentuk promosi mengenai penghasilan katil tersebut.

“Bukankah ia adalah iklan yang bagus? Selepas Olimpik, katil itu akan laris di Jepun dan luar negara kerana mudah dialihkan,” kata Aosora. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN