AS tutup sementara kedutaan di Haiti - Utusan Malaysia

AS tutup sementara kedutaan di Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT AU PRINCE: Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di ibu negara Haiti ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

Lapor Al Jazeera, menurut kedutaan AS dalam kenyataan, pejabat itu terpaksa ditutup berikutan konflik dalaman yang semakin meruncing.

Bulan lalu, Jabatan Negara AS pernah mengeluarkan notis larangan perjalanan kepada warganegaranya di Haiti kerana terdapat risiko penculikan, jenayah dan rusuhan awam.

“Kakitangan kerajaan AS tidak digalakkan untuk berjalan di Port-au-Prince dan beberapa kawasan kejiranan,” jelas notis larangan itu.

Semalam, Presiden Haiti, Jovenel Moise terbunuh dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di kediamannya di Port-au-Prince.

Dalam insiden tersebut, Wanita Pertama Haiti, Martine Moise turut mengalami kecederaan.

Sementara itu, AS mengecam pembunuhan pemimpin tersebut dengan menyifatkan insiden itu sebagai jenayah paling kejam.

White House juga memaklumkan, AS sedia membantu sebarang siasatan. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN