fbpx

23 September 2021, 7:18 am

  TERKINI

AS anggap China sebagai ‘musuh khayalan’, punca hubungan terus goyah

XIE FENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Timbalan Menteri Luar China, Xie Feng mendakwa beberapa pihak di Amerika Syarikat (AS) melihat negara ini sebagai ‘musuh khayalan’ dan hal itu merupakan punca utama hubungan antara Beijing dan Washington terus goyah.

Xie Feng membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Setiausaha Jabatan Negara AS, Wendy Sherman.

Sherman tiba di bandar Tianjin, timur China untuk mengadakan rundingan dengan Xie Feng dan Menteri Luar Negara, Wang Yi.

Dalam pada itu, Sherman menyatakan AS sentiasa ‘mengalu-alukan’ persaingan yang sihat dari China bagi mengelakkan konflik.

Hubungan tegang China dan AS semakin memuncak sejak pertemuan awal melibatkan kedua-dua negara pada Mac lalu, iaitu yang pertama kali di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

Pertemuan yang diadakan di Alaska itu menyaksikan China mempersoalkan demokrasi yang diamalkan AS. – REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI