Arab Saudi sudah sedia sambut ketibaan jemaah haji - Utusan Malaysia

Arab Saudi sudah sedia sambut ketibaan jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi, Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan seramai 5,000 petugas direkrut untuk melakukan kerja-kerja membasmi kuman di seluruh kawasan Masjidilharam dan beberapa kemudahan lain sebanyak 10 kali sehari.

Katanya, kerja-kerja itu akan menggunakan sebanyak 60,000 liter cecair pembasmi kuman dan teknologi pembersihan terkini.

Usaha itu dipergiatkan ketika musim haji bagi tahun ini dijangka bermula tidak lama lagi, menyaksikan kira-kira 60,000 jemaah dari seluruh Arab Saudi bakal menyertai ibadah kali ini.

“Bagi memastikan ibadah haji tahun ini berjalan lancar, kami akan pastikan semua kemudahan diselenggara dengan baik.

“Pelan haji tahun ini adalah berdasarkan situasi semasa, ketika pandemik Covid-19 masih belum reda,” kata Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Menteri Media Arab Saudi, Majid al-Qasabi berkata, semua barisan kepemimpinan negara ini sudah bersedia menyambut ketibaan para jemaah dan memberikan perkhidmatan serta bantuan yang sewajarnya untuk kemudahan mereka.

“Kerajaan sudah menyediakan segala kemudahan sama ada dari segi kesihatan dan keselamatan untuk semua jemaah haji pada tahun ini.

“Ibadah haji kali ini merupakan yang kedua dilaksanakan di bawah protokol Covid-19,” ujarnya kepada Arab News.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN