Angka kematian nahas pesawat tentera di Filipina, meningkat kepada 50 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian nahas pesawat tentera di Filipina, meningkat kepada 50 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COTABATO: Angka kematian insiden pesawat tentera Filipina terhempas di selatan negara ini, meningkat kepada 50 orang.

Insiden itu turut menyebabkan seramai 49 anggota tentera mengalami kecederaan.

Lapor BBC, pesawat Lockheed C-130 yang membawa seramai 96 orang, terbabas dari landasan ketika cuba mendarat di lapangan terbang Jolo di wilayah Sulu.

Penumpang dalam pesawat itu merupakan anggota tentera yang ditempatkan di Jolo untuk membantu tentera Filipina menangani kegiatan keganasan seperti kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut Kementerian Pertahanan, mangsa terkorban kebanyakannya merupakan anggota tentera.

Jelas kementerian itu, sebanyak tiga orang awam di lapangan itu dilaporkan terbunuh.

Seorang jurucakap dari Angkatan Tentera Filipina memberitahu agensi berita ABS-CBN bahawa pihaknya sedang mencari perakam data penerbangan pesawat untuk mengetahui punca sebenar insiden tersebut.

Jeneral Edgard Arevalo berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang tanda serangan terhadap pesawat tentera tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN